Presiden UMNO Dato' Seri Najib telah menyampaikan amanat nya kepada perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung yang baru selesai. Mesage beliau senang. Ahli UMNO mesti bekerja keras untuk mendampingi rakyat,peka terhadap kehendak dan rintihan mereka,berkhidmat untuk rakyat bukan untuk perut sendiri. Yang penting sekali, jangan terlibat dalam rasuah, kerana persepsi rakyat UMNO ada lah parti rasuah. Jangan minta kontrak dan jagan mengharapkan habuan darimana mana pihak.
Terus terang di nyatakan amat SUKAR bagi UMNO untuk berubah lebih lebih lagi memenuhi kehendak Presiden nya .Pemimpin pemimpin UMNO dari peringkat yang tertinggi hingga lah ke peringkat cawangan telah sedikit sebanyak terlibat dalam "rasuah" maupun politik "nepotisma" dan "cronisma". Ini telah menjadi periok nasi mereka bahkan mereka telah banyak mendapat munafaat dari sistem yang sedemikian. Tak mungkin mereka akan bolih berubah menjadi "Orang Alim"atau "Wali"bencikan rasuah atau lebih tepat bencikan "wang"dalam sekelip mata. Kehidupan mereka akan terjejas jika sistem ini tidak lagi wujud dalam UMNO. Ahli ahli akan marah kerana tak dapat apa apa lagi saperti kontrak, lesen dan sebagai nya, UMNO mungkin menghadapi Krisis dalaman yang besar.Mahu tak mahu UMNO leadership terpaksa "give way" sedikit sebanyak, "SECARA SULIT" kerana jika ia di ketahui umum. UMNO akan di chap mengamalkan ""double standard"atau cakap tak serupa bikin. Namun pada hakikat nya perkara ini akan berlaku DAN terus berlaku atas dasar "political expediency" Ini bermakna UMNO akan pergi ke takuk lama atau "business as usual"
Rasuah dan perkara perkara yang berkaitan dengan nya telah menular dalam UMNO sejak zaman Mahathir. Bahkan Tun Mahathir dan Tun Daim lah yang MEMPERKENALKN RASUAH kepada UMNO serta ahli ahli nya. Bahkan kepada Negara keseluruhan nya. Di zaman Tunku Abd Rajman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn, RASUAH chukup jarang kedengaran, bahkan tak berlaku sama sekali
. Tapi di zaman Mahathir-Daim RASUAH berleluasa. Mereka ada lah PELOPOR serta PENGASAS perkembangan Rasuah di Negara ini. Tapi malang nya UMNO hari ini tidak mahu menerima KEBENARAN ini. Kerana apa? kerana mereka juga mendapat MENAFAAT yang banyak daripada nya. Tun Mahathir memang licik tentang hal ini hinggakan ahli ahli UMNO tidak sedar bahawa mereka telah berada dalam gengaman beliau apabila terlibat dan menjadi sebahagian sistem ini. Mata mereka telah menjadi buta dan telinga pekak atas perbuatan rasuah mereka hinggkan mereka hidup dalam "DUNIA MEREKA SENDIRI", jauh dari Rakyat dan lama kelamaan terpinggir langsung dari rakyat jelata
. Mereka terus berpoya poya dengan kekayaan, kemewahan mereka, dan sanggup menyatakan bahawa Orang Melayu sudah Berjaya dan tidak perlu lagi "Pertolongan" Mereka telah menjadi kacang lupakan kulit kepada bangsa nya sendiri
Jika UMNO mahu perubahan, sekurang kurang nya antara 10 hingga 15 orang Menteri UMNO sekarang mesti di singkirkan kerana mereka terlibat dalam rasuah. dan tidak cekap, lebih mementingkan perut dan kuncu kuncu sendiri.Rakyat jelata tahu siapa di kalangan mereka itu.
Dulu Azlina menjadi Menteri. Apa sudah jadi pada Sukan negara. Punah tetapi beliau jadi kaya raya dan duduk diam sahaja menekmati kekayaan yang baru di perolihi. Khir Toyo juga sudah jadi millionair, Isa Samad di N.S dah lama menjadi millionair, mungkin billionair.
Selain daripada itu beratus ratus kuncu2 dan Macai macai juga akan terjejas jika tidak ada rasuah. Mereka ini ada lah orang orang yang menjadi barual membuat kerja kerja "warlords" UMNO saperti menaburkan wang di waktu pilihanraya, memberi sogokkan kepada kakitangan Kerajaan untuk mendapatkan kontrak2 dan lesen2, juga mendapatkan khidmatan2 saperti urut mengurut dan bekalan gadis gadis dari luar negara datang sebagai pelancong untuk keperluan ahli ahli politik dan koprat koprat UMNO MCA dan MIC. Kita dapat lihat di kaca TV dari masa ke semasa serbuan di buat atas pendatang haram. Ini semua ada kaitan dengan parti yang memerintah!! Itu sebab nya pihak penguatkuasaan (Enforcement) tidak berdaya atau putus akal untuk membenteras gejala gejala ini kerana di sebalik ini semua ada "invisible hand" yang memberi sokongan untuk memenuhi dan keperluan mereka yang berwajib.
Kesedaran yang di perlukan bagi UMNO hanya akan menjadi KENYATAAN sekurang kurang nya 20 tahun lagi, apabila mereka mereka yang berkuasa sekarang tidak ada lagi. Itu pun jika kita BERMULA dari sekarang sapertimana yang hendak di cuba olih Dato' Seri Najib. Kita mendoakan semoga beliau berjaya dan di harap juga beliau tidak pula kecewa jika hasil yang beliau mimpikan terhadap UMNO itu tidak menjadi kenyataan atau dapat di lihat dengan cepat kerana UMNO telah di ROSAKKAN olih Tun Mahathir begitu lama selama 23 tahun!! Bayangkan lah. Jika seorang bayi lahir pada mula Mahathir memerintah, bayi itu telah menjadi dewasa sekarang dan bolih mengundi. Dan yang penting sekali bayi itu telah membesar dalam suasana yang di bentuk dan di olah olih Tun Mahathir sendiri.
Satu cara lain yang RADIKAL yang bolih di fikirkan untuk menyelematkan Negara kita yang tercinta ini supaya tidak terus pergi kepada anjing "Gone to the dogs" ia lah membuat percatuan politik yang RADICAL, bermakna Najib perlu membawa Anwar dan Hadi menjadi satu PASUKAN,dalam GAGASAN SATU MALAYSIA DAN juga membawa KAUM CINA dan INDIA bersama kerana orang Melayu dengan sendiri nya tidak akan bolih memerintah negara ini dengan jaya nya tanpa SOKONGAN orang Cina dan India.dan kaum kaum yang lain. 'Sistem BERKONGSI KUASA"semestinya menjadi TERAS pemerintahan Negara ini. Bagi kaum Cina Najib bolih bawa Dr. Tan Seng Ghiaw dari DAP bersama. Ini pernah berlaku di zaman Tun Razak apabila membawa Tan Sri Dr. Tan Chee Koon yang pada ketika itu dari Parti Socialis Front untuk duduk semeja berunding Akhir nya Tun Razak telah di jemput olih Tan Sri Dr Tan Chee Koon untuk merasmikan KELINIK beliau. Kedua dua anak Malaysia ini BERJIWA BESAR!!
Bentuk SATU DASAR GAGASAN SATU MALAYSIA di mana di bawah nya akan di adakan beberapa Dasar Social dan Ekonomi yang menitikberatkan kemajuan UMMAH keseluruhan nya tanpa mengira kaum dan ugama untuk menjamin PELUANG yang saksama (equal opportunities) dengan memgambil kira pihak2 yang masih LEMAH dan ketingalan dan tercicir dalam masyarakat majmok kita. Tidak mengwujudkan millionair2 lebih2 lagi Instant Millionaire. Kita mahu kekayaan Negara di kecapi olih rakyat secara adil dan saksama. Tidak ada lagi Kronisma dan Nepotisma.
Untuk mencapai matlamat ini mereka yang memacu nya mesti BERJIWA BESAR, mengutamakan Negara dan Bangsa lebih dari kepentingan kelompok, kaum atau suku sakat. Bolih kah Najib, Anwar, Hadi dan Dr, Tan Seng Ghiaw duduk semeja? Sebenar nya tak ada pilihan lagi bagi Orang Melayu, Cina India dan lain2 kaum SELAIN DARI BERSATU. INGAT NATIONAL UNITY ada lah yang TERPENTING SEKALI dan merupakan SEGALA GALANYA bagi Negara Malaysia. TANPA NATIONAL UNITY tidak ada sebarang bentuk program pembangunan social, ekonomi maupun politik akan bolih wujud dan bertahan dalam Negara ini
FIKIRKAN lah cadangan ini sebaik baik nya dan seikhlas ikhlas nya
Sunday, October 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Handar boto article ni!
Post a Comment